Dua usul bahas isu Azam ditolak, tidak dibicangkan hari ini - Utusan Malaysia

Dua usul bahas isu Azam ditolak, tidak dibicangkan hari ini

AZAM BAKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Isu pembelian saham membabitkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) Tan Sri Azam Baki tidak dibincangkan dalam sesi Mesyuarat Khas Dewan Rakyat hari ini. 

Perkara tersebut diputuskan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan  Harun selepas tidak menerima sebarang notis daripada Perdana Menteri Datuk, Seri Ismail Sabri Yaakob untuk dimasukkan dalam aturan mesyuarat. 

“Saya akui terima usul tersebut dua hari lepas dan telah menajwab bahawa sidang khas ini dipanggil Perdana Menteri di bawah kuasa mutlak dalam  aturan 11 (3) Peraturan Majlis Mesyuarat. Mengikut peraturan tersebut, agenda sidang khas dibawah kuasa mutlak dan beliau yang menyusun atur agenda tersebut.

“Justeru,  kita mesti menjalankan prosiding hari ini mengikut agenda yang ditetapkan,” katanya.

Terdahulu usul bagi membahaskan kontroversi mengenai pemilikan saham Azam Baki yang membanteras rasuah telah ditolak.

Usul tersebut dikemukakan Ahli Parlimen Pulai Datuk Seri Salahuddin Ayob dan turut disokong beberapa ahli parlimen lain termasuk Nga Kor Ming (PH-Teluk Intan) dan Gbind Singh Deo (PH-Puchong). -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya