Dr. Mahathir masuk IJN - Utusan Malaysia

Dr. Mahathir masuk IJN

DR. MAHATHIR MOHAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk prosedur perubatan elektif.

Perkara itu dimaklumkan menerusi kenyataan akhbar IJN.

“Berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) semasa, tiada pelawat dibenarkan melawat Tun,” jelas kenyataan itu hari ini.

Pada 23 Disember lalu, Dr. Mahathir yang sebelum ini menjalani rawatan dan pemeriksaan di IJN dibenarkan keluar dari pusat rawatan itu.

Beliau dimasukkan ke IJN bagi menjalani pemeriksaan kesihatan dan pemerhatian susulan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN