'Diculik bunian? Saya tak nampak apa-apa pun' - Adik Azim - Utusan Malaysia

‘Diculik bunian? Saya tak nampak apa-apa pun’ – Adik Azim

MUHAMMAD Iznun Al Azim Mahadi menerima pelbagai hadiah daripada orang ramai selepas ditemukan selamat minggu lalu. - TIKTOK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Muhammad Iznun Al Azim Mahadi, remaja berusia 13 tahun yang sebelum ini dilaporkan hilang lebih 30 jam selepas membuang air kecil dalam semak berhampiran rumahnya Kampung Pasir Linggi, Gua Musang, Kelantan, tidak tahu sama ada dia ‘diculik’ atau ‘disorokkan’ bunian dalam kejadian itu.

Dalam sesi ‘live’ melalui akaun TikTok abangnya malam tadi, Muhammad Iznun atau mesra dipanggil Azim memberitahu, ketika kejadian, apa yang diingati adalah ‘cuma tidur selama sejam’, walhal realitinya dia tidak ditemukan dalam tempoh lebih 30 jam.

“Saya tak nampak apa-apa pun,” katanya ketika ditanya pengguna TikTok sama ada dia bertemu atau nampak orang bunian atau penempatan bunian ketika dilaporkan hilang.

Malah katanya, apa yang hilang sepanjang dia ‘tidur selama sejam’ itu adalah kad sim miliknya.

“Itu sahaja yang hilang, telefon yang saya letak dalam kocek seluar masih okey,” jelasnya.

Malam Ahad lalu, Azim yang dipanggil adik oleh abangnya, dilaporkan hilang selepas membuang air kecil dalam semak berhampiran rumahnya.

Keesokan petangnya, Azim ditemukan bersendirian di tepi sungai di Kampung Pasir Linggi, kira-kira dua kilometer dari lokasi dia dilaporkan hilang.

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Laloh, Kuala Krai itu keluar dari rumah kira-kira pukul 9 malam untuk lepak bersama rakan sebelum ibunya menyedari remaja itu tidak pulang kira-kira pukul 3 pagi.

Sementara itu, pengguna TikTok yang menyertai sesi ‘live’ itu mendoakan Azim supaya kembali bersemangat kerana ketika ditemukan, dia kelihatan lemah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.