Bersatu Pahang siap sedia 'paluan perang' hadapi PRN Johor - Utusan Malaysia

Bersatu Pahang siap sedia ‘paluan perang’ hadapi PRN Johor

SAIFUDDIN Abdullah mengagihkan buah limau dan beramah mesra bersama penghuni di Pusat Penjagaan Orang Tua sempena lawatan Tahun Baharu Cina di Kuantan, Pahang. - UTUSAN/ DIANA SURYA ABD WAHAB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Pahang bersiap sedia menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor bagi membantu parti itu dan Perikatan Nasional (PN) Johor.

Ketua Badan Pimpinan Bersatu Pahang, Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata, jentera-jentera Bersatu Pahang akan turun padang bagi bersama-sama membantu dalam usaha memastikan kemenangan dalam PRN Johor itu nanti.

Menurutnya, buat masa ini mereka hanya menunggu arahan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) untuk turun ke kawasan tumpuan yang dikenal pasti.

“Sebaik sahaja menerima arahan MPT, Badan Pimpinan Bersatu Pahang ​akan mengadakan bermesyuarat ​khas mengatur gerak kerja di PRN Johor​.

“Kita menjangkakan pilihan raya ini adalah luar biasa dan begitu penting berikutan Pengerusi Bersatu Johor adalah Presiden parti iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN).

“Dengan itu, kita mesti menunjukkan prestasi yang baik dalam mempertahankan kerusi-kerusi sedia ada sekali gus menambah lagi jumlah kerusi,” katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan Tahun Baharu Cina di Pusat Penjagaan Orang Tua di Bangunan Persatuan Tionghua, Jalan Bukit Ubi, dekat sini hari ini.

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menandatangani watikah pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor untuk memberi laluan kepada PRN, 22 Januari lalu.

Semalam, ​Muhyiddin memaklumkan akan memuktamad​kan​ agihan kerusi ​bagi menghadapi PRN Johor ​bersama Pas dan Gerakan dalam tempoh seminggu lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya