Bengkel kenderaan curi air kena tindakan - Utusan Malaysia

Bengkel kenderaan curi air kena tindakan

SEBUAH bengkel kenderaan di Rawang, Selangor diserbu kerana 'mencuri' bekalan air bersih milik AIS. - IHSAN SPAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CYBERJAYA: Sebuah bengkel kenderaan di Rawang, Selangor diserbu kerana ‘mencuri’ bekalan air bersih milik Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd (AIS).

Dalam serbuan oleh anggota Bahagian Penguatkuasaan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dan AIS semalam, sebuah pusat servis kenderaan didapati melakukan sambungan bekalan air secara tidak sah. 

SPAN menerusi kenyataan memaklumkan, premis berkenaan didapati membuat sambungan bekalan air tanpa melalui meter yang sah dan tanpa kebenaran AIS yang mana pihaknya bertindak memotong bekalan air ke atas premis tersebut serta pemiliknya akan dipanggil memberi keterangan selain turut berdepan tindakan perundangan. 

“SPAN sentiasa komited menjalin kerjasama berterusan bersama operator bekalan air bagi mencegah aktiviti penyambungan bekalan air tidak sah. Operasi seperti ini akan diteruskan bersama operator-operator bekalan air di seluruh negara dari semasa ke semasa,” katanya. 

Katanya, kes berkenaan di siasat mengikut peruntukan Seksyen 123(1) Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655) dan jika sabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjarakan tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.