Banjir di Sabah, 3,330 mangsa berada di 31 PPS - Utusan Malaysia

Banjir di Sabah, 3,330 mangsa berada di 31 PPS

KEADAAN banjir di Kota Marudu yang kini dilaporkan semakin surut.-IHSAN Media Sosial
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Mangsa banjir di Sabah meningkat kepada 3,385 orang pada pukul 8 pagi tadi.

Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam berkata, jumlah mangsa yang dipindahkan ke ke pusat pemindahan sementara (PPS) meningkat sebanyak 20 orang, berbanding 3,365 orang yang dilaporkan semalam.

Beliau berkata, 3,365 mangsa itu terdiri daripada 1,331 keluarga yang dipindahkan ke 30 PPS yang dibuka di enam daerah dilanda banjir.

Enam daerah terlibat adalah Kota Marudu, Paitan, Beluran, Telupid, Sandakan dan Pitas.

Daerah Kota Marudu masih merekodkan bilangan mangsa tertinggi yang kekal seperti semalam iaitu 2,659 mangsa yang terdiri daripada 1,115 keluarga yang dipindahkan ke 14 PPS.

Daerah-daerah lain juga mencatatkan bilangan mangsa yang kekal seperti semalam, kecuali Telupid yang menunjukkan sedikit penurunan.

Di Pitas, mangsa terjejas banjir seramai 307 orang terdiri daripada 127 keluarga yang dipindahkan ke empat PPS manakala, di Telupid, mangsa bertambah kepada 216 orang yang terdiri daripada 49 keluarga dipindahkan ke tujuh PPS.

Sementara itu, di Paitan, mangsa terjejas banjir menurun kepada 99 orang terdiri daripada 23 keluarga yang dipindahkan ke tiga PPS.

Di Beluran pula, seramai 38 mangsa daripada 10 keluarga dipindahkan ke sebuah PPS manakala, di Sandakan, 46 mangsa daripada tujuh keluarga dipindahkan ke sebuah PPS.

Semalam, satu PPS ditutup iaitu Dewan Kampung Kiabau, Telupid.- UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya