Banjir: 50 kematian, 2 masih hilang - Utusan Malaysia

Banjir: 50 kematian, 2 masih hilang

Acryl Sani Abdullah Sani
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis Diraja Malaysia (PDRM) merekodkan sebanyak 50 kematian melibatkan insiden banjir yang melanda tujuh negeri sejak 15 Disember lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani memberitahu, kesemua mangsa terdiri daripada 35 lelaki, 12 wanita dan tiga kanak-kanak.

Kata beliau, jumlah itu melibatkan 25 mangsa di Selangor dan 21 lagi di Pahang dan empat orang di Kelantan.

“Selain itu, dua lelaki di Pahang masih dilaporkan hilang,” katanya dalam kenyataan hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya