Bacaan Yasin mohon kesembuhan Dr. Mahathir malam ini - Utusan Malaysia

Bacaan Yasin mohon kesembuhan Dr. Mahathir malam ini

DR. MAHATHIR MOHAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Satu majlis bacaan surah Yasin bagi memohon kesembuhan dan kesihatan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad akan diadakan secara dalam talian, malam ini.

Majlis anjuran Persatuan Pengetua-Pengetua Sekolah Agama Rakyat Kedah itu dijangka berlangsung pada pukul 8 malam ini dan boleh diikuti secara langsung menerusi Facebook Kelab Che Det dan Mukhriz Mahathir FC.

Menurut Twitter Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), semua rakyat Malaysia daripada seluruh pelusuk negara dijemput untuk bersama-sama terlibat dalam majlis tersebut.

Dr. Mahathir sebelum ini dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) pada 7 Januari lalu dan dibenarkan keluar pada 13 Januari lepas.

Sebelum itu pada Disember, beliau dilaporkan dimasukkan ke hospital sama sebelum dibenarkan keluar selepas beberapa hari menjalani rawatan dan pemeriksaan lanjut.

Keadaan kesihatan bekas Perdana Menteri itu dilaporkan dalam keadaan stabil dan mula sedar sepenuhnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya