Akibat lawan arus, penunggang motosikal patah kaki, rusuk, alami pendarahan otak - Utusan Malaysia

Akibat lawan arus, penunggang motosikal patah kaki, rusuk, alami pendarahan otak

KEADAAN dua buah motosikal yang bertembung selepas penunggang Modenas Kriss melawan arus dalam kejadian di persimpangan lampu isyarat Lebuh AMJ, Paya Rumput, Melaka. - UTUSAN/DIYANATUL ATIQAH ZAKARYA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Akibat melawan arus, seorang lelaki parah selepas motosikal ditunggangi bertembung dengan sebuah motosikal lain di persimpangan lampu isyarat Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ) Paya Rumput di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.45 petang itu, mangsa yang berusia 40 tahun mengalami kecederaan parah di beberapa bahagian badan termasuk pendarahan di otak.

Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) negeri, Superintenden Hasan Basri Yahya berkata, kejadian berlaku selepas mangsa yang menunggang motosikal jenis Modenas Kriss telah melawan arus dari arah Krubong ke Sungai Udang.

“Setiba di lokasi mangsa dipercayai telah melawan arus dari kiri jalan sebelum bertembung dengan sebuah motosikal jenis Suzuki Panther yang dalam perjalanan dari arah Paya Rumput menghala ke Bandar Melaka.

“Akibat kemalangan itu mangsa mengalami patah kaki dan rusuk kanan serta mengalami pendarahan otak,” katanya.

Tambahnya mangsa kini dirawat di Zon Merah Hospital Melaka.

Mengulas lanjut, beliau berkata, penunggang motosikal Suzuki Panther tersebut gagal mengelak mangsa susulan lampu isyarat di laluannya masih hijau.

“Mangsa cuba memintas laluan penunggang motosikal lain, namun dalam masa sama lampu isyarat di lorong tersebut masih hijau.

“Disebabkan itu berlaku pertembungan di tengah persimpangan jalan,” katanya. 

Hasan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya