386 lagi mangsa banjir dipindah di Johor - Utusan Malaysia

386 lagi mangsa banjir dipindah di Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Jumlah mangsa banjir yang berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) di negeri ini terus meningkat apabila 386 lagi penduduk mengosongkan rumah mereka sehingga pukul 2 petang ini.

Angka itu menjadikan keseluruhan 842 mangsa daripada 242 keluarga berlindung di 12 PPS yang dibuka di Segamat sejak pukul 8.30 malam tadi.

Empat PPS terbaharu adalah di Sekolah Kebangsaan (SK) Batu Anam yang menempatkan 220 mangsa dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) Cina Tah Kang Gemas Baru dengan 134 mangsa.

Seramai 17 lagi mangsa pula ditempatkan di PPS Balai Raya Kampung Awat Batu Anam dan tujuh lagi penduduk di PPS Balai Raya Taman Bukit Lentang Gemas Baru.  

Lapan lagi mangsa diarah berpindah ke SRJK Cina Ai Chun menjadikan keseluruhan di PPS itu seramai 168 orang, manakala PPS lain yang dibuka lebih awal di daerah itu mencatatkan jumlah mangsa yang sama.

PPS SK Kampung Tenang di Labis kekal menjadi lokasi yang tertinggi menempatkan 233 mangsa daripada 73 keluarga di kampung terbabit. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya