3,310 mangsa banjir dipindahkan di 30 PPS di Sabah - Utusan Malaysia

3,310 mangsa banjir dipindahkan di 30 PPS di Sabah

KEADAAN banjir di Beluran sebelum ini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Mangsa terjejas banjir di Sabah menurun sedikit pagi ini dengan 3,310 orang mangsa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS).

Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam berkata, setakat 8 pagi tadi, jumlah mangsa berkurang 19 orang berbanding, 3,329 mangsa dilaporkan semalam.

Beliau berkata, 3,310 mangsa itu terdiri daripada 1,316 keluarga yang dipindahkan ke 30 PPS yang dibuka di enam daerah yang dilanda banjir.

Daerah yang terjejas teruk iaitu Kota Marudu mencatatkan penurunan bilangan mangsa iaitu daripada 2,765 mangsa semalam kepada 2,553 orang daripada 1,113 keluarga yang dipindahkan ke 13 PPS.

Di Pitas, mangsa bertambah kepada 296 orang terdiri daripada 123 keluarga yang dipindahkan ke empat PPS manakala, di Telupid, mangsa bertambah kepada 172 orang yang terdiri daripada 38 keluarga dipindahkan ke tujuh PPS.

Sementara itu, di Paitan, mangsa terjejas banjir kekal 102 orang daripada 24 keluarga terjejas dipindahkan ke tiga PPS manakala, di Beluran, 41 mangsa daripada 11 keluarga dipindahkan ke dua PPS dan di Sandakan, 48 mangsa daripada tujuh keluarga dipindahkan ke sebuah PPS.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah turut melaporkan banjir mula berlaku di empat kampung di Nabawan namun, belum ada PPS yang dibuka.

JBPM memaklumkan dua PPS di Beluran iaitu PPS Balaban dan Dewan Masyarakat Beluran ditutup pada 10 pagi susulan keadaan banjir semakin surut di kawasan berkenaan.- UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya