22 tong dram punca longkang tukar jadi warna hijau - Utusan Malaysia

22 tong dram punca longkang tukar jadi warna hijau

PEGAWAI JAS memeriksa tong dram yang ditemukan menyebabkan longkang Jalan Syed Osman Idid, Sungai Petani, Kedah menjadi warna hijau. - JAS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Misteri sebatang longkang di bandar Sungai Petani, Kedah yang berwarna hijau akhirnya terbongkar apabila ia didapati berpunca daripada sejumlah 22 tong dram.

Menurut kenyataan Jabatan Alam Sekitar (JAS), pegawainya bergegas menjalankan penyiasatan ekoran aduan orang awam berhubung warna aneh air longkang tersebut semalam.

“Siasatan selanjutnya mendapati memang terdapat kesan berwarna hijau di longkang awam di Jalan Syed Osman Idid berpunca daripada sebuah rumah di situ,” katanya di sini hari ini.

Pihak JAS kemudian menemukan puluhan tong dram yang mempunyai baki cecair yang dipercayai cat selain terdapat juga sisa kosmetik di sekitar tapak berkenaan.

Agensi berkenaan bertindak pantas menyita kesemua tong dram tersebut dan turut melakukan pensampelan terhadap cecair berkenaan untuk dianalisis Jabatan Kimia Malaysia.

Tindakan pantas JAS itu juga menyelamatkan keadaan air di Sungai Petani daripada terjejas akibat pencemaran toksik kerana lokasi tersebut terletak hanya kurang dua kilometer.

Kes disiasat di bawah Seksyen 34B, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 yang jika sabit kesalahan, boleh dihukum denda maksimum RM500,000 atau penjara sehingga lima tahun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya