11 sungai di seluruh negara lepasi aras bahaya - JPS

11 sungai lepasi aras bahaya

LIMPAHAN air Sungai Pahang baru-baru ini menyebabkan laluan menghubungkan Bera dan Temerloh ditutup kepada semua jenis kenderaan. - FOTO/MUHAMAD IQBAL ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Paras air sungai di seluruh negara melepasi paras amaran dan dikhuatiri akan membahayakan penduduk setempat khususnya mereka yang berada di negeri Pahang, Johor dan Melaka.

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menerusi laman sesawang rasmi mereka memaklumkan 11 sungai di seluruh negara melepasi paras amaran setakat tiga petang hari ini dan meminta masyarakat untuk berhati-hati.

Antara sungai di seluruh negara yang sudah melepasi parah bahaya adalah dua sungai di Pahang iaitu Sungai Pahang di Kuala Sungai Chini dan Sungai Serting di Jambatan Padang Gudang

“Di Johor terdapat empat sungai yang melepasi aras petanda tersebut, antara sungainya adalah Sungai Pagoh di Kampung Olak Sepam, Sungai Lenik di Ladang Chaah, Sungai Segamat di Bandar Segamat dan Sungai Tangkak di Kampung Seri Makmur.

“Manakala di Selangor, Negeri Sembilan dan Terengganu masing-masing mempunyai satu sungai yang melepasi paras bahaya iaitu Sungai Bernam di Rimba KDR, Sungai Muar di Pekan Rompin serta Sungai Nerus di Kampung Langkap,” katanya menerusi laman sesawang rasmi.

Dua sungai lain yang mendatangkan kebimbangan adalah sungai di Melaka iaitu Sungai Kesang di Telok Rimba dan Sungai Melaka di Batu Hampar.

Selain itu, 14 sungai di seluruh negara melepasi aras amaran secara purata pada pukul tiga petang hari ini juga menimbulkan kebimbangan dan rakyat dinasihati untuk peka terhadap keadaan sungai-sungai tersebut.

Antara 14 sungai yang melepasi aras amaran adalah Sungai Belat di Sri Damai, Sungai Kesang di Telok Rimba, Sungai Muar di Kampung Berembang, Sungai Padas di Tenom, Rantau Panjang dan Sungai Luit di Kampung Subuh.

Sementara itu, JPS menasihati masyarakat yang menetap berdekatan dengan 21 sungai di seluruh negara untuk sentiasa berwaspada kerana paras air melepasi paras normal setakat jam 3 petang.

“Masyarakat diminta berwaspada khususnya mereka yang menetap berhampiran 21 sungai, antaranya ialah Sungai Pahang di Jerantut Feri, Sungai Langat di Bukit Changgang dan Parit Keliling di Kampung Pasir,” jelasnya.

Info penuh dan semasa boleh didapatkan di laman sesawang rasmi JPS, https://publicinfobanjir.water.gov.my/cerapan/amaran-semasa/.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya