Warisan tidak campur urusan PRN Sarawak - Utusan Malaysia

Warisan tidak campur urusan PRN Sarawak

MOHD. Shafie (kiri) semasa tinjauan harga barangan di Pasar Besar Kota Kinabalu hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Parti Warisan (Warisan) tidak akan campur tangan dalam urusan kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak yang dijadualkan pada 18 Disember ini.

Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, parti itu tidak bercadang menghantar jentera parti untuk berkempen pada PRN Sarawak.

“Sarawak, kita (Sabah) memang ada amalan daripada dulu untuk tidak campur.

“Kita tidak akan menghantar (jentera). Kita serahkan kepada jiran kita, Sarawak untuk menangani masalah mereka,” katanya semasa tinjauan harga barangan di Pasar Besar Kota Kinabalu hari ini.

Sebelum ini, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan tarikh PRN Sarawak Ke-12 pada 18 Disember dan tarikh penamaan calon pada 6 Disember. Sementara itu, pengundian awal akan diadakan pada 14 Disember.

Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak sepatutnya dibubarkan pada 7 Jun lalu namun, pelaksanaan PRN Sarawak ditangguhkan susulan pengisytiharan proklamasi darurat yang dikeluarkan pada 11 Januari.

Walau bagaimanapun, pembatalan proklamasi darurat di Sarawak telah diwartakan pada 3 November dan ia selali gus memberi laluan kepada pelaksanaan PRN Sarawak. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN