Warga emas rentung, kenderaan terbakar - Utusan Malaysia

Warga emas rentung, kenderaan terbakar

KENDERAAN mangsa yang musnah terbakar akibat kemalangan yang berlaku di Jalan Sook-Nabawan di Keningau semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KENINGAU: Seorang warga emas rentung apabila kenderaan dinaiki bertembung dan kemudian terbakar dalam kemalangan yang berlaku di Jalan Sook-Nabawan semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi itu, mangsa, Wahab Marjuki, 61, ditemukan rentung dalam kenderaan yang terbakar impak daripada kemalangan yang berlaku.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sook, Razlan Aridy berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kemalangan jalan raya itu pada pukul 10.31 pagi dan sepasukan pegawai dan anggota dikerahkan ke lokasi kejadian yang terletak 19 kilometer dari balai bomba.

Berdasarkan maklumat awal, kemalangan itu membabitkan kenderaan jenis Proton Saga dan pacuan empat roda Isuzu Dmax dan terdapat dua orang mangsa yang terlibat.

“Akibat daripada pertembungan dua kenderaan itu, Proton Saga yang dinaiki mangsa terbakar.

“Kebakaran dipadam oleh orang awam sebelum ketibaan jentera bomba dan terdapat seorang mangsa rentung dalam kebakaran kenderaan ini.

“Mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan.

Razlan berkata, seorang lagi mangsa yang memandu pacuan empat roda iaitu Philip Kiat,31, hanya mengalami kecederaan ringan dan dihantar ke hospital oleh orang awam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Kerugian bersih Petronas Chemicals mengecil kepada RM289 juta ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI [email protected] PETALING JAYA: Petronas Chemicals Group Berhad (PCG) mencatatkan kerugian bersih bagi tiga bulan berakhir pada 30 September 2025 kepada RM289 juta, berbanding RM789 juta pada suku yang sama tahun lalu, menurut pemfailan syarikat kepada Bursa Malaysia. Ia adalah hasil daripada pengurangan kesan negatif pertukaran asing dan ketiadaan butiran luar biasa yang direkodkan pada suku kedua 2025. Pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan pelunasan (EBITDA) melonjak 26 peratus kepada RM497 juta, disokong oleh penyebaran produk yang lebih baik, terutamanya bagi urea dan ammonia, serta kerugian pertukaran asing tidak direalisasikan yang lebih rendah. Kadar penggunaan loji purata PCG meningkat kepada 90 peratus, mencerminkan pemulihan prestasi operasi meskipun kerja penyelenggaraan berkala dijalankan di PC Fertiliser Sabah. Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif PCG, Mazuin Ismail berkata, prestasi kumpulan pada suku ini mencerminkan faedah nyata daripada disiplin operasi dengan peningkatan prestasi loji secara keseluruhan, sementara syarikat melaksanakan kerja-kerja pemulihan yang dirancang pada loji baja di Sipitang, Sabah. “Penutupan ini telah dilaksanakan dengan selamat dan disiapkan mengikut jadual. “Kumpulan terus memberi tumpuan kepada peningkatan kecekapan operasi, pelaksanaan inisiatif pengoptimuman kos dan pencarian peluang secara aktif untuk penciptaan nilai. “Pendekatan berdisiplin ini telah menghasilkan peningkatan melebihi RM400 juta dalam EBITDA bagi tempoh tahun sehingga kini. Kami kekal komited untuk memacu inovasi dan memperluas portfolio untuk memenuhi keperluan pelanggan dengan lebih baik,” katanya dalam kenyataan. Dalam segmen bahan termaju dan salutan di bawah perniagaan kimia khusus, permintaan terhadap penyelesaian salutan yang lebih kukuh dan tahan lama terus meningkat. “Melalui segmen bahan kimia khusus, kami telah memperkukuh penawaran dengan pengenalan rangkaian Neptem™ sebagai bahan pengemulsi untuk alkid bawaan air, yang bertujuan untuk mengurangkan sebatian organik yang meruap dalam produk cat dan salutan. “Dengan ini jumlah keseluruhan produk baharu yang dibangunkan setakat tahun ini adalah 15 produk,” katanya. Menjelang akhir Jun, pihaknya telah memulakan Ujian Kebolehpercayaan Pemiutang (CRT) di Pengerang Integrated Complex . “Namun, berikutan keadaan pasaran yang kekal lemah, kami telah mengambil keputusan untuk menangguhkan pelaksanaan CRT dan akan memulakannya semula apabila keadaan pasaran kembali pulih. “Sementara itu, loji kami terus beroperasi tahap optimum bagi memastikan margin terbaik serta memenuhi keperluan pelanggan. Kami yakin dengan mengekalkan fleksibiliti dan fokus kepada penciptaan nilai, PCG akan berada pada kedudukan yang kukuh untuk merebut peluang baharu,” katanya. PCG menjangkakan persekitaran operasi akan kekal mencabar dalam jangka masa terdekat berikutan industri terus berdepan dengan keadaan bekalan berlebihan dan pertumbuhan permintaan yang perlahan, yang memberi tekanan berterusan ke atas margin. Selain itu, PCG kekal berhati – hati terhadap segmen Olefin & Derivatif memandangkan kebanyakan produk menghadapi lebihan bekalan di tengah-tengah kelembapan bermusim. Metanol pula berpotensi mencatat peningkatan, susulan sekatan eksport dari China yang dijangka menyokong harga urea menjelang musim penanaman di India, manakala harga metanol juga dijangka mendapat sokongan berikutan keutamaan keperluan tenaga pada musim sejuk. PCG mengekalkan pandangan konservatif terhadap segmen kimia khusus kerana pasaran akhir seperti pembinaan dan automotif terus berdepan cabaran akibat permintaan yang lebih rendah.