Warga emas berusia 68 tahun rugi RM60,000 gara-gara ‘love scam’ - Utusan Malaysia

Warga emas berusia 68 tahun rugi RM60,000 gara-gara ‘love scam’

MOHD. WAZIR MOHD. YUSOF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Gara-gara ‘love scam’, seorang wanita terpedaya dengan kata-kata manis dan pujuk rayu teman lelaki dikenalinya melalui laman sosial Facebook hingga kerugian sehingga RM60,000.

Perkenalan mangsa berusia 68 tahun itu berlanjutan sehingga sering berbalas mesej menerusi aplikasi WhatsApp.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Superintenden Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, mangsa merupakan seorang suri rumah.

“Perkenalan mereka bermula sekitar 2 Ogos lalu di laman sosial Facebook dan menjadi semakin rapat sehingga berbalas-balas mesej.

“Suspek mengatakan dia bekerja di sebuah pelantar minyak di Australia hingga membuatkan mangsa yakin untuk menjalinkan hubungan dengannya,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Mohd. Wazir, pada 30 November lalu, suspek telah meminta bantuan wang dengan mendakwa mahu membeli mesin pelantar minyak.

Katanya, mangsa yang mempercayai kata-kata suspek lantas bersetuju untuk membantunya.

“Mangsa telah membuat tiga transaksi ke akaun bank yang diberikan suspek berjumlah RM60,000 dan selepas itu mangsa gagal menghubungi suspek menyebabkannya rasa ditipu.

“Mangsa datang ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan membuat laporan berhubung kejadian itu.

“Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu dengan modus operadi ‘love scam’,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya