UMP raih Anugerah ITEX Golden Award - Utusan Malaysia

UMP raih Anugerah ITEX Golden Award

YUSERRIE Zainuddin bersama anugerah ITEX Golden Award apabila meraih pingat emas tertinggi dalam dalam Pameran Reka Cipta, Inovasi dan Teknologi Antarabangsa (ITEX) 2021.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Universiti Malaysia Pahang (UMP) merangkul anugerah ITEX Golden Award atas kejayaan meraih 19 pingat emas, sembilan pingat perak dan dua pingat gangsa dalam Pameran Reka Cipta, Inovasi dan Teknologi Antarabangsa (ITEX) 2021 Golden Awards yang diadakan di ibu negara.

Anugerah disampaikan Presiden Persatuan Reka Bentuk dan Reka Cipta Malaysian (MINDS), Tan Sri Augustine SH Ong kepada Profesor Dr. Yuserrie Zainuddin yang menjalankan fungsi Naib Canselor UMP sempena Malam Budaya Cipta 2021.  

Pingat emas diraih penyelidik dari Fakulti Teknologi Kejuruteraan Awam (FTKA), Norhaiza Ghazali dengan tajuk Eco-Coal Crete: Waste-Less Earth, Lively Life, penyelidik dari Kolej Kejuruteraan (KKEJ) dan Profesor Madya Dr. Devarajan Ramasamy dengan kajian Bio-Hybrid Engine Coolant, penyelidik Pusat Sains Kemanusiaan (PSM)

Turut meraih pingat emas adalah Profesor Madya Dr. Hasan Ahmad dengan tajuk G-Gel (Halal Gelatin Alternative from Gallus Gallus Domesticus Produced by Lactic Acid Treatment Method dan dan penyelidik Fakulti Teknologi Kejuruteraan Kimia dan Proses (FTKKP), Dr. Suriyati Salleh dengan tajuk Go Green with Co-Torrefied Oil Palm (Co-Top) Pellet.

Penyelidik Fakulti Pengurusan Industri (FPI), UMP, Dr. Diyana Kamarudin dianugerahkan pingat emas bagi kajian Hear Me: Assistive Technology for The Deaf and Hearing Impaired. Beliau menghasilkan aplikasi Hear Me yang merupakan alat bantu mengajar buat guru dan pelajar yang mengalami masalah pendengaran untuk mempelajari Bahasa Melayu Kod Tangan (BMKT).

Penyelidik Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, KKEJ, Dr. Mohd Azrul Hisham Mohd. Adib turut menang pingat emas bagi kajian bertajuk Physio-Walker (Phywalk) for Cerebral Palsy Kids’. 

Kajian itu bagi membantu kanak-kanak yang menghadapi gangguan kebolehan mengawal kedudukan dan pengaktifan badan disebabkan kerosakan pada otak yang sedang berkembang atau lebih dikenali sebagai Palsi Cerebrum. 

Sementara itu, penyelidik, Dr. Ahmad Irfan Akmal Hisham dari PSM turut menang pingat emas hasil penyelidikan bertajuk I-Mawaqit: Comparative Prayer Time Zone Calculator dengan mencipta I-Mawaqit iaitu merupakan kalkulator waktu solat pancatitik.  -UTUSAN ONLINE

Turut sama dianugerahkan pingat emas adalah Profesor Madya Dr. Ramadhansyah Putrajaya, Dr. Syifak Izhar Hisham, Dr. Rajaletchumy Veloo Kutty, Dr. Mohd. Suhardi  Mat Jusoh, Profesor Madya Dr. Aishah Abu Bakar, Dr. Noor Suraya  Romali, Profesor Madya Ir. Dr. Kumaran Kadirgama, Profesor Madya Dr. Md. Maksudur Rahman Khan, Profesor Madya Ir. Dr. Mohd Hafizi  Zohari,  Profesor Madya Dr. Abdulrahman Ahmed Alsewari dan Dr. Norida Ridzuan.

Dalam pada itu, menurut Yuserrie, dalam era pandemik ketika ini, penganjuran ITEX kini beralih ke model hibrid pameran secara dalam talian dan fizikal.

“Namun situasi ini bukan merupakan halangan bagi para penyelidik mempamerkan hasil kajian mereka. Saya ingin merakamkan penghargaan tahniah buat penyelidik UMP dan teruslah menghasilkan kajian yang berimpak. 

“Selain memastikan penyelidikan yang berkualiti, UMP memberi fokus kepada kumpulan produk inovasi yang dapat memberi manfaat masyarakat dan komuniti dunia,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Seiring dengan Pelan Strategik UMP 2021-2025 bertemakan Teknologi Untuk Masyarakat, UMP komited menggalakkan penghasilan pembangunan produk dan menyediakan penyelidikan melibatkan pihak industri dalam penghasilan teknologi aras tinggi yang akan memberi sumbangan kepada komuniti melalui ekosistem keusahawanan sosial. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya