Tukang cat maut, adik cedera selepas kereta langgar tiang elektrik - Utusan Malaysia

Tukang cat maut, adik cedera selepas kereta langgar tiang elektrik

KEADAAN Proton Wira dipandu Muhammad Sharil Naim Zulkefli, 20, selepas melanggar tiang elektrik di Kilometer 70, Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu di Kampung Banggol di Setiu, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SETIU: Seorang tukang cat kereta maut manakala adiknya cedera ringan selepas Proton Wira dinaiki mereka terbabas dan melanggar tiang elektrik di Kilometer 70, Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu di Kampung Banggol di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.25 petang itu, mangsa, Muhammad Sharil Naim Zulkefli, 20, meninggal dunia di lokasi kejadian.

Adiknya, Muhammad Sharil Aiman, 15, bagaimanapun hanya mengalami luka pada tangan dan dagu.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Afandi Hussin berkata, sebelum kejadian, kedua-dua beradik itu dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Kampung Padang Saujana di Permaisuri.

“Proton Wira dipandu mangsa tiba-tiba hilang kawalan lalu terbabas ke kiri sebelum melanggar tiang elektrik.

“Mayat mangsa kemudian dibawa ke Unit Forensik Hospital Setiu manakala adiknya dihantar ke Unit Kecemasan hospital sama untuk mendapatkan rawatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Afandi berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.