TPB2030 perkasa ekonomi bumiputera - Utusan Malaysia

TPB2030 perkasa ekonomi bumiputera

ISMAIL Sabri Yaakob (tengah), Abd. Latiff Ahmad (kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif Teraju,, Md. Silmi Abdul Rahman memegang buku TPB2030 pada majlis pelancarannya di KLCC hari ini. - UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Objektif utama Tindakan Pembangunan Bumiputera 2030 (TPB2030) adalah memperkasa ekonomi dan sosioekonomi bumiputera dalam sedekad akan datang.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Dr. Abd. Latif Ahmad berkata, langkah itu adalah iltizam dan kesungguhan kerajaan dalam agenda besar Keluarga Malaysia agar bumiputera turut bersama memainkan peranan penting dan menyumbang kepada pembangunan negara.

Justeru, katanya, kerajaan mengambil langkah proaktif menyediakan pelan TPB2030 seiring aspirasi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 dan Rancangan Malaysia ke-12 seperti diumumkan sebelum ini.

“Tiada yang mustahil apabila kita mempunyai ilmu, tekad dan keazaman serta langkah teratur. 

“Semoga TKB2030 ini mencapai kejayaan dan dapat mencorakkan generasi bumiputera yang lebih baik dan berdaya tahan bagi menghadapi cabaran akan datang,” katanya ketika berucap dalam Majlis Pelancaran Tindakan Pembangunan Bumiputera 2030 (TPB2030) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC,) di sini hari ini.

Majlis pelancaran TPB2030 disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Dalam pada itu, Abd. Latif menegaskan, terdapat banyak lagi usaha dan penambahbaikan perlu dilakukan walaupun banyak kejayaan dikecapi bumiputera menerusi rancangan dan pelaksanaan hasil para pemimpin negara terdahulu.

Jelas beliau, agenda pembangunan ekonomi bumiputera telah banyak dibincang, dibahas dan dilaksanakan dalam pelbagai forum sejak bermula dengan Kongres Ekonomi Bumiputera yang pertama pada 1965. 

“Antara resolusi terpenting yang dihasilkan adalah menggantikan RIDA kepada Majlis Amanah Rakyat atau lebih dikenali sebagai Mara. 

“Sehingga ke hari ini, Mara telah memainkan peranan penting dalam agenda pembangunan ekonomi Bumiputera,” jelas beliau.

Menurutnya, Dasar Ekonomi Baru (DEB) kemudian diperkenal pada 1970 oleh Perdana Menteri Malaysia kedua, Tun Abdul Razak adalah titik permulaan kepada agenda pembangunan bumiputera. 

Beliau menambah, ia melibatkan steategi perlaksanaan serampang dua mata oleh DEB iaitu membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum dan penyusunan semula masyarakat dengan menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi.

“DEB telah banyak merubah lanskap sosial dan ekonomi bumiputera. Antara hasil yang boleh kita lihat hari ini dengan ramainya penyertaan bumiputera dalam bidang kritikal seperti pakar-pakar pendidikan dan teknologi, doktor, jurutera, golongan usahawan yang berjaya dan sebagainya.

“Bagi memastikan negara ini mencapai kemajuan seiring dengan kepesatan ekonomi dan teknologi dunia, Wawasan 2020 pula dilancarkan pada 1991 oleh Perdana Menteri Keempat, Tun Dr. Mahathir Mohamad. 

“Pelbagai usaha dan kejayaan  dihasilkan sehingga Malaysia khususnya bumiputera kini mampu bersaing di peringkat dunia,” jelas beliau. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya