Tiga punca utama R&D terperap dalam almari - Utusan Malaysia

Tiga punca utama R&D terperap dalam almari

HAZAMI HABIB dan DR MUHD NOOR MUHD YUNUS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Tiga punca utama hasil penyelidikan dan pembangunan (R&D) tempatan  masih terperap dalam almari kerana tidak dapat dikomersialkan.

Satu daripada masalah tersebut adalah tumpuan lebih kepada R&D untuk penerbitan  kertas penyelidikan untuk lulus ijazah sarjana muda, sarjana atau doktor falsafah dan bukannya dihasilkan untuk kegunaan kepada masyarakat.

Faktor kedua adalah R&D yang dihasilkan tidak dapat dikomersialkan kerana tidak memenuhi permintaan pasaran manakala faktor ketiga tidak ada perbincangan awal dengan pemegang taruh sebelum penyelidikan dimulakan.

Ketua Pegawai Eksekutif Akademi Sains Malaysia, Hazami Habib  berkata, penglibatan banyak pihak perlu diambil kira sebelum R&D yang dihasilkan supaya lebih bermanfaat  kepada masyarakat dan sektor ekonomi.

“Bermakna penyelidik menjalankan kajian bukan untuk tujuan penyelidikan semata-mata, mereka kena terjemahkan daripada gunaan dan asas kepada pembangunan eksperimen atau pembuktian konsep supaya dapat digunakan.

“R&D kena ada inovasi yang dipacu oleh permintaan pasaran, perlu ada data terbuka, sains terbuka dan inovasi terbuka serta telus untuk perkongsian bagi mewujudkan impak yang lebih besar,  bukan setakat pemegang taruh sahaja,” ujarnya kepada Utusan Online.

Bagi Presiden Persatuan Saintis Penyelidik Malaysia (MARS) Dr. Muhd. Noor Muhd. Yunus penyelidik tempatan tidak terdedah kepada masalah sebenar dalam industri,  swasta dan rakyat terbanyak menyebabkan berlakunya  ketidakpadanan antara pengeluaran dan permintaan .

Beliau turut bersetuju bahawa Petunjuk Prestasi Utama  (KPI) universiti yang terlalu menekankan  kepada penghasilan kertas penyelidikan menjadi punca inovasi terperap begitu sahaja tanpa dikomersialkan.

“Mereka mungkin tertarik sekiranya projek penyelidikan ini dikategorikan sebagai projek perundingan namun pihak pelanggan tidak punya bajet yang cukup untuk tujuan tersebut, “ujarnya. 

Dalam pada itu menurut Hazami, jumlah penyelidik di negara ini kebanyakan berada di institusi pengajian tinggi (IPT) iaitu 79.92 peratus berbanding 4.14 peratus di  institusi penyelidikan dan 15.84 peratus dalam perniagaan enterprise.

Kata beliau , di negara maju jumlah penyelidik  dalam kategori tersebut melebihi 50 peratus.

Beliau berkata konsep penyelidikan sekarang memerlukan pendekatan perkongsian  idea dan kemudahan serta perbincangan dengan industri yang boleh mengkomersialkannya  

“Ini penitng kerana mereka boleh memperoleh dana daripada swasta sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada sumber kerajaan semata-mata,“ ujarnya.

Kedua-duanya sebelum itu terlibat dalam webinar anjuran MARS bertajuk Menginsankan Sains, Teknologi dan Inovasi Ke Arah Masa Depan Negara Yang Terjamin : Peranan Penyelidik- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya