Tiga kenderaan konvoi Rakyat Tuntut Tiga - Utusan Malaysia

Tiga kenderaan konvoi Rakyat Tuntut Tiga

BARISAN konvoi luahan suara Rakyat Tuntut Tiga ekoran kenaikkan harga barang yang dijalankan oleh ahli Pejuang melalui jalan sekitar Jalan Bukit Bintang sehingga Jalan Tuanku Abdul Rahman hari ini. UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Perarakan konvoi luahan suara Rakyat Tuntut Tiga dijalankan secara aman di sekitar ibu negara petang tadi.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati perarakan yang dianjurkan oleh Biro Kepenggunaan PEJUANG itu disertai tiga buah kenderaan termasuk dua kereta pancuan empat roda.

Mereka memulakan konvoi di pusat beli-belah Pavilion di Jalan Bukit Bintang di sini kira-kira pukul 5.45 petang.

Kenderaan-kenderaan yang dilekatkan poster tiga tuntutan itu kemudian berkonvoi dan tiba di sekitar Jalan Tunku Abdul Rahman di sini pada pukul 6 petang.

Antara tuntutan adalah kawal harga barang; kuat kuasa undang-undang dan kartel rasuah dihapuskan.

Mereka turut menuntut menteri agar menghentikan komen yang tidak sensitif.

Turut kelihatan anggota dan pegawai Ibu pejabat Polis Daerah Dang Wangi yang bertugas di sekitar kawasan tersebut bagi memastikan keadaan terkawal.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya ketika ditemui memberitahu satu kenyataan akhbar akan dikeluarkan berhubung konvoi tersebut. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN