'Terharu dapat layanan baik daripada paderi di Sao Paolo' - Ustaz Ebit Lew - Utusan Malaysia

‘Terharu dapat layanan baik daripada paderi di Sao Paolo’ – Ustaz Ebit Lew

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew meneruskan misi kemanusiaan di Sao Paolo, Brazil dengan menyantuni golongan gelandangan.

Dalam catatan terbaharu beliau, pendakwah itu menyantuni pula golongan tersebut di depan sebuah gereja besar di bandar tersebut.

Malah beliau sempat mengadakan pertemuan bersama paderi di gereja itu.

“Terharu dapat layanan baik daripada paderi di Gereja Besar di Sao Paolo Brazil.

“Berbual dan bertukar pendapat dalam program kemasyarakatan. Tadi saya ada program menyantuni homeless (gelandangan) di depan gereja. Semoga menjadi asbab kebaikan,” katanya.

Semalam, Ustaz Ebit Lew menyampaikan bungkusan berisi makanan dan keperluan harian kepada golongan gelandangan di Sao Paolo.

“Di tengah bandar besar ramai tidak mampu meneruskan hidup untuk sewa rumah. Jadi ramai hidup di jalanan dengan membuat khemah daripada plastik dan tutup-tutup begitu sahaja,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN