Terengganu mulai banjir, dua PPS dibuka di Setiu - Utusan Malaysia

Terengganu mulai banjir, dua PPS dibuka di Setiu

SEKUMPULAN kanak-kanak melihat rumah mereka dinaiki air di Kampung Chalok Kedai di Setiu, hari ini. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Hujan berterusan sejak kelmarin menyebabkan beberapa kawasan di negeri ini mulai banjir.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri berkata, setakat pukul 11 pagi ini, dua pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Setiu sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan yang beroperasi kini adalah tiga termasuk di Kuala Nerus.

Katanya, seramai 45 orang daripada 10 keluarga ditempatkan di kesemua tiga PPS berkenaan.

“Di Setiu, PPS Balai Raya Kampung Bari Besar dibuka pukul 8 pagi ini dengan melibatkan pemindahan seramai 16 mangsa manakala di PPS Masjid Chalok Kedai pula dihuni seramai lima mangsa.

“Keseluruhan mangsa banjir kini seramai 45 orang termasuk 24 daripadanya ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan Kompleks Mengabang Telipot di Kuala Nerus yang dibuka semalam,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Setakat pagi ini, cuaca di seluruh negeri masih lagi hujan lebat di kebanyakan tempat.

Tinjauan Utusan Malaysia di Kampung Chalok Kedai di Setiu mendapati laluan utama sudah dinaiki air lebih satu meter dan para penduduk bersiap sedia untuk berpindah jika banjir makin buruk.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya