Tanah runtuh, dua buah kenderaan tertimbus dan rosak di Brinchang - Utusan Malaysia

Tanah runtuh, dua buah kenderaan tertimbus dan rosak di Brinchang

ANGGOTA APM dan JKR sedang memotong pokok untuk mengeluarkan kenderaan yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Brinchang, Cameron Highlands, Pahang. - FOTO/IHSAN APM PAHANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CAMERON HIGHLANDS: Dua buah kenderaan tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Jalan Sultan Abu Bakar, Brinchang di sini malam tadi.

Bagaimanapun kejadian pada pukul 11.30 malam berdekatan sebuah bengkel kenderaan di situ tidak melibatkan kecederaan dan kerosakan premis.

Ini kerana, kenderaan terbabit iaitu kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux dan Honda City sedang dibaiki di bengkel tersebut.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Cameron Highlands, Md. Hazli Hanifah Mohd. Hanafi berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian itu pada pukul 12.50 pagi dan anggota terus bergegas ke lokasi tanah runtuh di Jalan Sultan Abu Bakar, Brinchang.

“Anggota APM terus melaksanakan operasi memotong pokok yang tumbang serta mengalihkan runtuhan bagi mengeluarkan kenderaan yang terperangkap di bawah runtuhan.

“Bagaimanapun tiada mangsa di lokasi kerana kenderaan terlibat sedang dibaiki di bengkel berkenaan. Kes ini diserahkan kepada agensi berkaitan untuk tindakan selanjutnya,” katanya di sini hari ini.

Md. Hazli Hanifah berkata, operasi turut melibatkan anggota bomba dan penyelamat, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Kerja Raya (JKR).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN