PANAMA CITY: Gempa bumi 6.1 bermagnitud melanda Panama, negara di Amerika Tengah, gegaran kuat kedua dalam tempoh kurang seminggu.
Menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), pusat gempa terletak 18 kilometer ke barat bandar Rio Grande, kira-kira 300 kilometer dari ibu negara, Panama City.
Gempa itu berlaku pada kedalaman 10 kilometer.
Memuatkan artikel berkaitan…
Penilaian awal agensi perlindungan awam negara itu belum mengesan kemalangan jiwa atau kerosakan teruk harta benda.
Pada 9 Oktober lalu, gempa bumi 7.7 magnitud di Panama menyebabkan 30 orang cedera dan ratusan penduduk kehilangan tempat tinggal.-AGENSI











