fbpx

Tanah runtuh Cameron Highlands: Seorang mangsa terperangkap

PASUKAN penyelamat menemukan lori yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Jalan Simpang Pulai-Blue Valley hari ini. - UTUSAN/IHSAN JBPM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Polis mengesahkan seorang pemandu lori terperangkap dalam kejadian tanah runtuh di Kilometer 27.1, Jalan Simpang Pulai-Blue Valley hari ini.

Mangsa dikenali sebagai Muhammad Hafiz Hamdi, 31, yang merupakan seorang pemandu lori sayur.

Ketua Polis Perak, Datuk Faridalatrash Wahid berkata, maklumat mengenai mangsa diperoleh daripada majikan mangsa.

Menurutnya, keadaan mangsa masih belum diketahui setakat ini.

“Daripada siasatan awal, terdapat lori membawa sayur dari Cameron Highlands yang terperangkap dalam kejadian ini.

“Pemandunya seorang lelaki berusia 31 tahun. Usaha sedang dibuat untuk menyelamatkannya di tempat kejadian.

“Pasukan penyelamat sedang mengorek tanah menggunakan jengkaut,” katanya ketika ditemui pemberita di tempat kejadian.

POPULAR

KOSMO! TERKINI