Kenderaan tertimbus dalam runtuhan tanah Cameron Highlands ditemukan [video] - Utusan Malaysia

Kenderaan tertimbus dalam runtuhan tanah Cameron Highlands ditemukan [video]

PASUKAN STORM dan JBPM Perak mengesan kedudukan kenderaan tertimbus dipercayai lori dalam kejadian tanah runtuh di Kilometer 27.1, Jalan Simpang Pulai-Blue Valley di Ipoh hari ini. - UTUSAN/IHSAN JBPM PERAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Pasukan penyelamat berjaya mengesan kedudukan lori yang tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Kilometer 27.1, Jalan Simpang Pulai-Blue Valley sekitar pukul 5 petang tadi.

Usaha mengeluarkan mangsa sedang dijalankan oleh Pasukan Khas Taktikal Operasi Penyelamat Malaysia (STORM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia  (JBPM) Perak.

Laluan FT 185, Jalan Simpang Pulai-Blue Valley di sini ditutup untuk semua jenis kenderaan berikutan kejadian tanah runtuh sekitar pukul 1.44 petang.

Kejadian runtuhan tanah sepanjang 100 meter dipercayai ekoran hujan berterusan yang menyebabkan hakisan tanah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya