Steinbruckner atau Rahmad pengarah teknikal baharu Penyu? - Utusan Malaysia

Steinbruckner atau Rahmad pengarah teknikal baharu Penyu?

NAFUZI ZAIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Teka-teki pasukan Terengganu FC bakal memiliki pengarah teknikal baharu bagi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan kini sah apabila pengumumannya akan dibuat dalam masa terdekat.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan negeri, Wan Sukairi Wan Abdullah berkata, individu berkenaan merupakan antara tiga nama yang dicadangkan sebagai ketua jurulatih Sang Penyu sebelum pihak pengurusan memutuskan mengekalkan khidmat Nafuzi Zain.

“Seorang daripadanya sudah dikenalpasti untuk dilantik sebagai pengarah teknikal bagi membantu ketua jurulatih membentuk pasukan yang lebih mantap.

“Kita akan berunding dengan individu berkenaan dan terpulang kepadanya jika mahu menerima tawaran itu atau sebaliknya,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Difahamkan, bekas jurulatih T-Team, Tomislav Steinbruckner dan Rahmad Darmawan antara yang disebut-sebut bakal menggantikan Abdul Rahman Ibrahim sebagai pengarah teknikal Sang Penyu.

Dalam pada itu, Wan Sukairi berkata, Nafuzi ditawarkan kontrak lanjutan selama setahun bagi terus membimbing Sang Penyu.

“Lantikan ketua jurulatih dan pengarah teknikal ini diharap dapat meningkatkan lagi prestasi Terengganu FC bagi aksi Liga Super 2022.

“Secara keseluruhan, lebih 60 peratus pemain tempatan kekal bersama pasukan pada musim depan kerana masih berbaki kontrak setahun,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.