SOP baharu masuk asrama elak kes buli - Utusan Malaysia

SOP baharu masuk asrama elak kes buli

AHMAD Saidi Mohamad Daud pada sesi penggulungan perbahasan Belanjawan 2022 Perak pada Sidang DUN Perak di Ipoh hari ini. - IHSAN URUSETIA DEWAN NEGERI PERAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Prosedur operasi standard (SOP) baharu bagi kemasukan pelajar baharu ke sekolah berasrama mungkin diperkenal di Perak untuk mengelak kejadian buli di sekolah tersebut.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Sumber Manusia negeri, Ahmad Saidi Mohamad Daud berkata, perkara itu sedang diperhalusi pihaknya dengan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perak.

“Ketika ini, pejabat saya mewakili kerajaan negeri  terlibat dalam sesi libat urus bagi melihat SOP (baharu) bagi pelajar asrama (di negeri ini).

“Kita cuba pastikan sebelum masuk ke asrama, mungkin ada sesi pengenalan seperti bagaimana mengelakkan buli dan membuat laporan jika dibuli sebagaimana cadangan Ahli Dewan Undangan Negeri Trong, Jamilah Zakaria.

“Ia bagi memastikan tidak lagi berlaku kes buli seperti sebelum ini,” katanya ketika menggulung portfolionya dalam Sidang Dewan Undangan Negeri Perak, di sini hari ini.

Minggu lalu, tular video berdurasi 10 saat tular dalam media sosial yang memaparkan seorang pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sultan Azlan Shah Kuala Kangsar dikepung rakan-rakannya di dalam bilik asrama dengan mangsa ditumbuk di bahagian perut.  

Susulan kejadian itu, 10 pelajar lelaki melibatkan sembilan pelajar berusia 13 tahun dan seorang lagi berusia 15 tahun ditahan ketika hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Kangsar untuk membantu siasatan.

Siasatan kes tersebut dijalankan di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh dan Seksyen 233 Akta komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

Majlis Amanah Rakyat (Mara) kemudian mengumumkan membuang kesemua 10 pelajar lelaki tersebut dari MRSM SAS.

Sementara itu, Ahmad Saidi menjelaskan, pihaknya sedang melakukan sesi libat urus dengan JPN Perak bagi menyampaikan hasrat wakil rakyat yang tidak berpuas hati dengan larangan kehadiran mereka ke sekolah.

“Kalau diikutkan ayat-ayatnya (dalam surat pekeliling) adalah (melarang) mereka yang berkepentingan (politik), jadi saya akan sampaikan hasrat Yang Berhormat semua kepada pihak Kementerian Pendidikan untuk diperhalusi (semula) dan diambil tindakan,” jelasnya. – UTUSAN ONLINE

caption

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya