Sela masa dos penggalak Pfizer, AstraZeneca dipendek - Utusan Malaysia

Sela masa dos penggalak Pfizer, AstraZeneca dipendek

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) memutuskan sela masa baharu bagi pemberian dos penggalak kepada penerima vaksin Pfizer dan Astrazeneca ditetapkan tiga bulan selepas menerima dos kedua.

Menterinya, Khairy Jamaluddin berkata, pihaknya menjangkakan sebahagian penduduk mula menerima dos penggalak masing-masing pada Januari dan Februari depan.

Beliau berkata, janji temu suntikan dos penggalak diberikan kepada mereka yang layak berdasarkan beberapa keutamaan termasuk mengikut turutan umur dan mengambil kira status kesihatan.

Katanya, keutamaan dos penggalak diberikan kepada warga emas berusia 60 tahun ke atas dan mereka yang mempunyai penyakit kronik.

“Ia kemudian  diberikan kepada individu bermula daripada 50 tahun ke atas, 40 tahun ke atas, dan seterusnya 18 tahun ke atas. Kita akan buka lebih banyak pusat pemberian vaksin (PPV) dan klinik kesihatan swasta bagi pemberian dos penggalak ini sama seperti Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sebelum ini,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Katanya, KKM mengutamakan vaksin Pfizer dan Astrazeneca bagi pemberian dos penggalak itu manakala vaksin jenis Sinovac hanya diberikan jika individu berkenaan mempunyai alahan kesihatan.

KHAIRY JAMALUDDIN

Khairy berkata, hasil dapatan dan kajian klinikal mendapati tahap keberkesanan dos penggalak terhadap jangkitan Covid-19 adalah berkurangan dengan masa.

Menurutnya, ia dibuktikan menerusi hasil kajian oleh The Real-World Evaluation of COVID-19 Vaccines Under the Malaysia National COVID-19 Immunisation Programme (RECoVaM).

“Data terkini menunjukkan varian Omicron boleh menyebabkan peningkatan penularan jangkitan, kebolehupayaan pengikatan virus yang lebih tinggi dan kelolosan antibodi yang lebih tinggi daripada imuniti yang disebabkan oleh vaksin atau jangkitan semula jadi. Selain itu, bukti kukuh yang terkumpul sejak tiga minggu lalu menunjukkan vaksin penggalak berkemungkinan meningkatkan perlindungan terhadap jangkitan varian Omicron,” katanya.

Katanya, hasil kajian awal melibatkan 21 juta pemberian dos penggalak yang dijalankan di United Kingdom juga menunjukkan data keselamatan yang amat meyakinkan.

Justeru, kata beliau, badan Regulatori seperti di United Kingdom, Kanada dan Australia serta panel pakar kesihatan kini mengesyorkan sela masa bagi vaksinasi dos penggalak boleh diberi seawal tiga bulan selepas menerima vaksin primer. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.