Rentas negeri berkempen PRN Sarawak tidak dibenar  - Utusan Malaysia

Rentas negeri berkempen PRN Sarawak tidak dibenar 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING: Rentas negeri bertujuan berkempen sepanjang tempoh Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak tidak dibenarkan kecuali untuk lima pemimpin tertinggi parti politik bertanding. 

Prosedur operasi standard (SOP) berkenaan dimuat naik Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di laman sesawang rasminya petang ini, kurang 24 jam sebelum hari penamaan calon esok.

Menurut SPR, nama-nama pemimpin berkenaan hendaklah terlebih dahulu dikemukakan kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBN). 

“Kemasukan ke Sarawak adalah tertakluk kepada SOP yang sedang berkuat kuasa dan dihadkan kepada aktiviti yang diluluskan dalam permohonan enterSarawak,” kata kenyataan itu. 

Selain itu, mesyuarat parti dibenarkan hanya untuk individu yang telah menerima vaksin namun tertakluk kepada 50 peratus kapasiti ruang dengan penjarakan fizikal. 

Jelas kenyataan itu, sidang media selepas mesyuarat parti dibenarkan dengan penjarakan fizikal dan pemakaian pelitup muka serta kehadiran individu yang terlibat adalah terhad bagi individu yang hadir semasa mesyuarat dan wartawan sahaja, selain telah menerima vaksinasi lengkap. 

“Kekerapan mesyuarat parti hanya dibenarkan tidak melebihi empat kali dalam seminggu dan setiap kali mesyuarat tidak lebih dari tempoh dua jam,” katanya. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya