PUNB peruntuk RM200 juta bantu usahawan terjejas Covid-19 - Utusan Malaysia

PUNB peruntuk RM200 juta bantu usahawan terjejas Covid-19

AHMAD NAZLAN Idris (berdiri, tengah) menyaksikan Khairun Nissa Aris (kiri) menyerahkan dokumen rasmi Dewan Orang Ramai kepada Rahman Yusof (kanan) di Taman Inderapura di Jerantut, Pahang. - UTUSAN/HARIS FADILAH AHMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JERANTUT: Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) memperuntukkan RM200 juta untuk pinjaman mudah kepada usahawan sebagai inisiatif dalam usaha mengurangkan tekanan kewangan berikutan penularan wabak Covid-19.

Pengerusinya, Datuk Ahmad Nazlan Idris berkata, pinjaman tersebut untuk membayar sewa dan gaji pekerja dalam tempoh tiga bulan pertama antara usaha pemulihan perniagaan masing-masing sejak Januari tahun ini. 

“Pinjaman mudah ini di bawah Skim Pembiayaan Usahawan Terkesan Covid-19 secara langsung dapat membantu ada dalam kalangan penduduk yang terbabit dengan usahawan yang kehilangan pekerjaan sejak dua tahun lalu,” katanya di majlis penyerahan Dewan  Orang Ramai Taman Inderapura di sini hari ini.

Yang hadir sama, Pegawai Daerah Jerantut, Khairun Nissa Aris; Pemangku Setiausaha Majlis Daerah Jerantut (MDJ), Mohd. Khasri Abdullah dan Pengerusi Komuniti Rukun Tetangga (KRT) Taman Inderapura, Rahman Yusof.

Ahmad Nazlan yang juga Ahli Parlimen Jerantut menambah, menerusi Skim Pembiayaan Usahawan Terkesan Covid-19, dana tambahan juga diperoleh daripada kerajaan, iaitu RM50 juta, manakala PUNB sendiri menyumbang RM50 juta untuk membantu usahawan yang memerlukan bantuan pinjaman. 

“Sempena ulang tahun PUNB Ke-30, kita telah menganjurkan kempen Maju Bersama bagi membuktikan komitmen PUNB merealisasikan impian usahawan tempatan melakar nama sebagai usahawan yang cemerlang dalam sektor perniagaan.

“Usaha ini juga untuk melonjak usahawan tempatan sebaris dengan ahli perniagaan peringkat antarabangsa sekali gus menaikkan imej negera ini di seluruh dunia,” ujarnya.-UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN