PRN Sarawak: SPRM lancar bilik gerakan berkaitan aduan rasuah, salah guna kuasa  - Utusan Malaysia

PRN Sarawak: SPRM lancar bilik gerakan berkaitan aduan rasuah, salah guna kuasa 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melancarkan lima bilik gerakan di seluruh negeri ini bagi membolehkan orang ramai menyalurkan maklumat dan aduan berkaitan perbuatan rasuah serta salah guna kuasa pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-12. 

SPRM dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, kesemua bilik gerakan tersebut beroperasi 24 jam sepanjang tempoh pilihan raya. 

Dalam pada itu, SPRM mengingatkan calon dan parti politik yang bertanding supaya tidak melakukan aktiviti-aktiviti yang boleh melanggar undang-undang dan peraturan pilihan raya selaras dengan Akta SPRM 2009 dan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Pindaan 2012).

Orang ramai boleh menghubungi bilik gerakan menerusi alamat dan talian seperti berikut:

1. Pejabat SPRM Sarawak

Kompleks Pejabat SPRM Sarawak, Lot 3894, Jalan Laksamana Cheng Ho, Peti Surat 6000, 93350 Kuching, Sarawak. – 082-467 703 samb. 119 & 116

2. Pejabat SPRM Cawangan Sibu

Blok 3, Tingkat 7, Wisma Persekutuan, Jalan Persiaran Brooke, Peti Surat 6000, 96008 Sibu, Sarawak- 084-311 982 atau 084-321 982

3. Pejabat SPRM Cawangan Miri 

Tingkat 2, Blok A, Fasa 2, Bangunan Persekutuan, Jalan Cahaya Lopeng, Peti Surat 6000, 98008 Miri, Sarawak- 085-415 404 atau 085-439 710

4. Pejabat SPRM Cawangan Bintulu 

Tingkat 2, Wisma Persekutuan Fasa II, Jalan Tun Razak, Peti Surat 6000, 97008 Bintulu, Sarawak – 086-316 200 atau 086-338 294

5. Pejabat SPRM Cawangan Limbang 

No. 125, Jalan Fisher, 98700 Limbang, Sarawak- 085-214 104 atau 085-214 110

– UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya