PRN Sarawak: Maxwell Rojis, calon tunggal Kristian dari parti Amanah - Utusan Malaysia

PRN Sarawak: Maxwell Rojis, calon tunggal Kristian dari parti Amanah

MAXWELL ROJIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING: Parti Amanah Negara (Amanah) meletakkan satu-satunya calon bukan Islam, Maxwell Rojis, 69, bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sebuyau.

Maxwell adalah calon etnik Iban yang akan berdepan cabaran tiga penjuru pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak Ke-12, pada 18 Disember ini.

Beliau bertanding dengan calon daripada Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Julaihi Narawi, 66, dan calon Parti Bumi Kenyalang (PBK), Wan Chee Wan Mahjar, 59.

Pada PRN11, Amanah tewas di 13 kerusi dipertanding dan hilang wang deposit RM5,000 kecuali di Gedong, Semop, Balingian serta Kakus.

Kali ini, Amanah bertanding lapan kerusi di DUN Muara Tuang (Daud Eali); Jemoreng (Zainab Suhaili); Samariang (Abang Abdul Halil Abang Naili); Gedong (Kamal Bujang); Demak Laut (Mohamad Zen Peli) dan Kabong (Andri Zulkarnaen Hamden). – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya