PRK Bugaya : Warisan serah kepada SPR - Utusan Malaysia

PRK Bugaya : Warisan serah kepada SPR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Presiden Parti Warisan (Warisan) Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal menyerahkan sepenuhnya keputusan mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Katanya, beliau sudah berhubung dengan SPR mengenai PRK DUN Bugaya dan ia juga sudah dibangkitkan di Parlimen.

“Sekiranya pilihan raya boleh diadakan di tempat lain jadi takkan (DUN Bugaya) tidak boleh.

“Namun, tidak ingin menjejaskan nyawa manusia jadi, kita serahkan kepada pihak berwajib untuk memberi hak dan kebenaran untuk mengadakan pilihan raya.

“Ia perlu dilakukan agar rakyat mempunyai wakil yang sahih,” katanya semasa sidang akhbar hari ini.

Pelaksanaan PRK Bugaya yang dijadualkan pada 16 Januari lalu ditangguh susulan pengisytiharan proklamasi darurat pada 16 Disember 2020 sebagai langkah membendung penularan wabak Covid-19 pada masa itu.

Kerusi DUN Bugaya diisytiharkan kosong setelah penyandangnya, Manis Muka Mohd. Darah meninggal dunia akibat masalah buah pinggang pada 17 November 2020.-UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya