Polis terima laporan pengasuh baling 'parcel' pada bayi  - Utusan Malaysia

Polis terima laporan pengasuh baling ‘parcel’ pada bayi 

TANGKAP layar daripada video seorang wanita dipercayai mencampak objek dipercayai bungkusan terhadap seorang bayi yang sedang meniarap yang didakwa berlaku di pusat asuhan kanak-kanak di Pulau Pinang yang tular di dalam media sosial.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGETOWN: Polis sudah menerima laporan berhubung kejadian tular seorang pengasuh yang dikatakan menganiaya seorang bayi dengan membaling satu objek dipercayai bungkusan barang ke atas belakang badan bayi itu semalam.

Kejadian dikatakan berlaku di sebuah taska di Bayan Baru di sini yang menempatkan kanak-kanak daripada usia bayi.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintenden Kamarul Rizal Jenal berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan terperinci berhubung kejadian tersebut.

“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 3(1) Akta Kanak Kanak 2001,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam satu klip video berdurasi 44 saat memaparkan tindakan seorang wanita bertudung membaling satu objek ke atas seorang bayi yang sedang meniarap tular di dalam media sosial.

Klip video itu dikongsi pemilik laman sosial Facebook Cahaya Naziha Mohd Nhazeri dipercayai ibu kepada bayi tersebut.

Tulis wanita itu: “Pos dekat sini la sebagai kenangan…nanti baby tu dah besar, dia boleh  tengok apa yang orang dah buat dekat dia. Semoga Allah pelihara anak-anak syurga yang lain. Aku selalu tengok dekat anak orang ja. Sekali anak aku yang kena. Aku dah cukup baikkkkkkk”.

Susulan perkongsian klip video  itu, rata-rata netizen mengecam perbuatan wanita-wanita terbabit sekali gus menggesa pihak polis menjalankan siasatan lebih lanjut.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya