Agrobank perkukuh agenda kelestarian, modal insan di Pantai Bagan Lalang

Agrobank perkukuh agenda kelestarian, modal insan di Pantai Bagan Lalang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Agrobank terus memperkukuh komitmennya terhadap agenda kelestarian alam sekitar dan pembangunan modal insan menerusi penganjuran Program Team Dynamic Through Community Outreach Pantai Lestari di Pantai Bagan Lalang, Sepang, dekat sini.

Inisiatif yang dilaksanakan oleh Bahagian Risiko Kumpulan dengan kerjasama Majlis Perbandaran Sepang itu bertujuan membudayakan nilai kemampanan, kesukarelawanan serta tanggungjawab sosial korporat (CSR) dalam kalangan warga kerja bank berkenaan.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Agrobank, Datuk Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin berkata, program berkenaan mencerminkan pendekatan holistik bank dalam mengintegrasikan prinsip kelestarian ke dalam budaya kerja organisasi.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Melalui pendekatan yang menggabungkan pemuliharaan alam sekitar dan pembangunan warga kerja, kami bukan sahaja menyumbang kepada kesejahteraan komuniti, malah memperkukuh nilai kerja berpasukan serta rasa tanggungjawab dalam kalangan kakitangan.

“Kami percaya usaha kolektif seperti ini mampu menghasilkan impak yang lebih bermakna dan berkekalan untuk masa hadapan,” katanya dalam kenyataan.

Pelbagai pengisian utama dijalankan sepanjang program tersebut merangkumi aktiviti pembersihan pantai, penanaman pokok rhu, sesi kesedaran alam sekitar serta modul pembangunan pasukan.

Usaha penanaman pokok rhu diberi penekanan khusus bagi memperkukuh litupan vegetasi pesisir pantai, meningkatkan kestabilan tanah sekali gus mengurangkan risiko hakisan pada masa hadapan.

Mengulas lanjut, beliau berkata, penyertaan aktif warga kerja dalam program berorientasikan komuniti memainkan peranan penting dalam membentuk institusi kewangan pembangunan yang lebih prihatin dan inklusif terhadap isu kelestarian.

Program berkenaan turut memberi pendedahan kepada peserta mengenai peranan penting komuniti dalam memastikan ekosistem pesisir pantai terus terpelihara demi manfaat pengunjung serta generasi akan datang.-UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini