Pindaan perlembagaan bukan untuk kepentingan Sarawak dan Sabah sahaja - Senator Jaziri - Utusan Malaysia

Pindaan perlembagaan bukan untuk kepentingan Sarawak dan Sabah sahaja – Senator Jaziri

JAZIRI ALKAF ABDILLAH SUFFIAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING: Pengerusi Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu),  Sarawak Senator Jaziri Alkaf Abdillah Suffian menegaskan bahawa pindaan Rang Undang-Undang (RUU) pindaan kepada perlembagaan berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) adalah penting dalam usaha untuk mengembalikan kedaulatan dan hak rakyat Sarawak. .

Persidangan Dewan Negara hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) pindaan Perlembagaan berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dengan sokongan sebulat suara kesemua  Ahli Dewan Negara yang hadir.

Ketika membahaskan RUU pindaan Perlembagaan berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) pada persidangan di Dewan Negara hari ini, Jaziri menekankan bahawa  tuntutan Sarawak dan Sabah ke atas haknya di bawah MA63 bukan untuk kepentingan kedua-dua negeri itu sahaja, tetapi turut mengambil kira kepentingan Malaysia.

Beliau berkata usaha ini penting kerana kerajaan Sarawak perlu mengambil dasar menumpukan kepada usaha pembangunan untuk meningkatkan kesejahteraan rakyatnya, sekali gus dapat mengekalkan kestabilan politik dan kerajaan yang stabil serta dasar yang tidak mahu meminggirkan mana-mana pihak.

“Ini terbukti walaupun rakyat Sarawak terdiri daripada berbilang kaum dan agama namun perbezaan ini menjadi kekuatan kita untuk hidup harmoni dan bersatu padu.

“Maka dengan pindaan ini status Sabah dan Sarawak dikembalikan ke status awal dan dengan penubuhan Malaysia bermaksud kita harus raikan Hari Malaysia dengan lebih bermakna,” kata beliau.

Beliau turut mencadangkan agar kerajaan mengisytiharkan Hari Malaysia sebagai hari keraian secara besar besaran bagi membolehkan semua rakyat Malaysia menghayati erti Malaysia yang sebenar.

Selain itu, beliau juga berkata bahawa pengiktirafan status Sabah dan Sarawak sepatutnya bukan hanya pada penulisan dalam Perlembagaan tetapi harus diimplimentasikan secara fizikal, yakni tumpuan pembangunan lebih adil kepada Sabah dan Sarawak.

Jaziri juga membangkitkan supaya usaha untuk melonjakkan pertumbuhan di kawasan kurang membangun di Sarawak perlu dipergiat dan bagi tujuan ini, peruntukan Pembangunan Asas Persekutuan perlu dinaikkan sementara sumbangan negeri kepada pendapatan negara, sebanyak 20 peratus harus dikembalikan untuk pembangunan negeri Sarawak.

Katanya, peruntukan perlu ditumpu dan ditambah kepada penyediaan infrastruktur asas, pendigitalan, pendidikan, perkhidmatan penjagaan kesihatan dan pembangunan ekonomi, malah liputan jalur lebar melalui Jalinan Digital Negara (Jendela) juga perlu dipertingkat melalui pembinaan infrastruktur digital termasuk pembinaan menara atau pemancar telekomunikasi.

Selain itu, beliau juga membangkitkan mengenai pembangunan pesat yang sedang berlaku di Kalimantan berikutan pemindahan ibu naàegara Indonesia ke wilayah tersebut.

“Apa yang menarik pindaan ini adalah tepat pada masanya, sejajar dengan pemindahan ibu kota Indonesia ke Kalimantan Timur, ” ujarnya.

Sehubungan itu beliau mencadangkan harus ada pelan pembangunan strategik Sabah dan Sarawak di peringkat pusat untuk kelestarian pembangunan kerana nikmat ini juga akan dinikmati oleh semua negeri di Malaysia secara keseluruhan.

Dengan itu beliau berharap Menteri di Jabatan Perdana Menteri, (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) dapat membentangkan perancangan jangka pendek dan jangka masa sederhana untuk melihat perubahan yang akan memberi impak positif kepada rakyat di kedua-dua negeri berkenaan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya