Pesara tentera rugi RM5,000 gara-gara kad kredit - Utusan Malaysia

Pesara tentera rugi RM5,000 gara-gara kad kredit

MOHD. WAZIR MOHD. YUSOF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Seorang warga emas yang juga pesara tentera kerugian RM5,000 akibat terpedaya dengan sindiket Macau Scam yang menyamar sebagai anggota polis dan pegawai bank.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Superintenden Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, alasan diberikan suspek terhadap mangsa berusia 75 tahun itu berkaitan kad kredit.

“Pada peringkat awalnya, suspek menghubungi mangsa melalui khidmat pesanan ringkas berkaitan penggunaan kad kreditnya. Selepas itu, mangsa bercakap dan berbincang dengan suspek yang menyamar sebagai pegawai bank.

“Sejurus selepas itu, mangsa disambungkan kepada seorang pegawai polis yang memperkenalkan diri sebagai Boon dari Bank Negara Malaysia,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, Mohd. Wazir berkata, suspek mula meminta maklumat kad bank Maybank dan Hong Leong milik mangsa.

“Suspek terus memperdaya mangsa menyatakan alasan untuk membuat semakan pengesahan penggunaan menggunakan kad kredit.

“Tanpa berfikir panjang mangsa menerima pesanan ringkas nombor pengesahan pengeluaran dan menyerahkan kepada suspek.

“Selepas itu, mangsa yang berasa curiga menyemak akaun miliknya dan mendapati wang simpanannya berkurangan sebanyak RM5,000,” katanya.

Menurutnya, mangsa segera ke Balai Polis Gebeng untuk membuat laporan.

“Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menyamar sebagai pegawai bank dan polis hingga menyebabkan mangsa mengalami kerugian,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya