Persenda golongan OKU, empat individu dicari - Utusan Malaysia

Persenda golongan OKU, empat individu dicari

maut
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis mengesan empat individu termasuk dua wanita dipercayai mempersendakan golongan orang kurang upaya (OKU) dalam dua dua video yang tular di media sosial sejak semalam. 

Ini susulan laporan polis dibuat seorang seorang wanita berhubung tindakan mereka yang turut dipercayai menyalahgunakan kemudahan OKU di sebuah pusat beli-belah di ibu negara. 

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, video pertama dimuat naik menunjukkan dua lelaki yang berlagak sebagai OKU dan mempersendakan tempat letak kereta golongan tersebut.

Katanya, mereka turut mengajuk perbuatan OKU selepas berjaya meletakkan kenderaan mereka di tempat letak kereta di situ. 

“Sementara satu lagi video memaparkan dua wanita telah menyalahgunakan tandas OKU di sebuah stesen minyak. 

“Mereka juga bertindak mengajuk perbuatan seolah-olah mereka adalah OKU fizikal yang tempang,” katanya dalam kenyataan di sini malam tadi.

Eng Lai berkata, pengadu beranggapan kesemua individu tersebut telah menghina golongan OKU di negara ini serta secara terang-terangan dan tanpa rasa bersalah menggunakan warga OKU sebagai bahan bagi menarik perhatian pengguna di media sosial. 

Menurutnya, kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia kerana kesalahan dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah keamanan dan penggunaan media sosial secara tidak wajar. 

Semalam, Presiden OKU Sentral, Senator Datuk Ras Adiba Radzi membuat laporan polis terhadap beberapa individu yang menyalahgunakan kemudahan yang dikhaskan untuk golongan OKU. 

Beliau tiba di Ibu pejabat Polis Daerah Brickfields, di sini pada kira-kira pukul 1.20 tengah hari dan selesai membuat laporan berkenaan pada 2.40 petang.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya