Peranti khas untuk pengembara dari negara berisiko - Utusan Malaysia

Peranti khas untuk pengembara dari negara berisiko

KHAIRY JAMALUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Pengembara dari negara berisiko tinggi yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) akan dipakaikan peranti pengesanan digital sepanjang tempoh pemerhatian dan kuarantin. 

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, senarai negara berisiko tinggi tersebut ditentukan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) melalui penilaian risiko yang dijalankan.

Katanya, langkah tersebut antara strategi dalam memperketatkan lagi kawalan di pintu masuk negara sekali gus mengelakkan penularan varian baharu Omicron. 

“Selain itu, program Laluan Perjalanan Vaksinasi (VTL) Singapura diteruskan buat masa ini dengan penambahan ujian kendiri pada hari ketiga dan ketujuh. 

“Untuk Gelembung Pelancongan Langkawi, pengembara yang tiba dari negara berisiko tinggi perlu menjalani ujian pengesanan Covid-19 tambahan pada hari ketiga dan kelima dari tarikh ketibaan dengan jenis ujian adalah RTK-Ag secara profesional,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. 

Tambah beliau, sekatan perjalanan sementara terhadap lapan negara yang dikenal pasti sebelum ini adalah dikekalkan iaitu melibatkan Afrika Selatan, Botswana, Eswatini, Lesotho, Mozambique, Namibia, Zimbabwe dan Malawi. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya