Penjenayah tidak sempat joli wang samun - Utusan Malaysia

Penjenayah tidak sempat joli wang samun

TANGKAP layar rakaman CCTV menunjukan suspek (kanan) menyamun sebuah kedai runcit di Kampung Baru, Sungai Tiang, Pendang malam semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PENDANG: Seorang penjenayah ‘berputih mata’ apabila diberkas polis tidak sampai lima jam selepas dia melarikan wang tunai sebanyak RM300 yang disamunnya di sebuah kedai runcit di Kampung Baru, Sungai Tiang di sini malam semalam.

Suspek berusia 34 tahun itu diberkas oleh sepasukan pegawai dan anggota Task Force, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu pejabat Polis Daerah Pendang pada pukul 11.30 malam berdekatan premis yang disamunnya.

Tangkapan tersebut  dilakukan selepas pengadu membuat laporan berkaitan kejadian itu pada pukul 7.16 malam.

Ketua Polis Daerah Pendang, Deputi Superintenden Arriz Sham Hamezah berkata, suspek memasuki kedai itu berseorangansebelum meminta pengadu yang bertugas di kaunter bayaran menyerahkan kad pengenalan dan lesen memandu.

“Bagaimanapun pengadu yang merupakan pekerja lelaki kedai runcit itu berumur 20-an enggan menurut arahan suspek menyebabkannya membuka laci kaunter dan mengambil wang hasil jualan sebanyak RM300.

“Suspek yang memakai topi, pelitup separuh muka dan cermin mata hitam kemudian melarikan diri menggunakan sebuah kereta,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Kata Arriz, hasil siasatan daripada rakaman kamera litar tertutup (CCTV), polis kemudian membuat tangkapan terhadap suspek di sebuah rumah di kampung sama tidak sampai lima jam selepas kejadian.

“Polis menemukan semula wang tunai RM300 dipercayai hasil samun dalam kejadian itu yang tidak sempat digunakan suspek selain merampas pakaian, topi, cermin mata hitam, pelitup muka hitam dan sepasang selipar.

“Semakan rekod mendapati suspek mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan  dadah,” katanya.

Tambahnya, susek direman enam hari bermula hari ini untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan kerana merompak. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.