Penjawat awam Sabah terima bantuan khas RM1,000 - Utusan Malaysia

Penjawat awam Sabah terima bantuan khas RM1,000

HAJIJI Noor (kiri) bersama Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, Datuk Kadzim M. Yahya (dua kiri) semasa tiba di DUN Sabah bagi pembentangan Belanjawan Negeri 2022.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Seramai 20,271 orang penjawat awam Sabah akan menerima bantuan khas setengah bulan gaji dengan kadar minima RM1,000 pada Januari 2022.

Bantuan itu termasuk penjawat awam sementara, kontrak dan pekerja sambilan harian (PSH).

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, pemberian bantuan khas itu selaras dengan bantuan khas yang diumumkan oleh Kerajaan Persekutuan yang berjumlah RM700 kepada penjawat awam Persekutuan.

Beliau berkata, kerajaan negeri juga akan membiayai kerja-kerja awalan pembinaan perumahan mampu milik kepada penjawat awam negeri.

“Insentif ini diharap akan memberi suntikan semangat kepada penjawat awam negeri untuk berusaha lebih gigih demi meningkatkan mutu perkhidmatan kepada rakyat,” katanya semasa pembentangan Belanjawan Negeri Sabah 2022 hari ini.

Bagi merancakkan pembangunan negeri, Sabah akan memberi pertumbuhan kepada sektor-sektor produktif yang menjadi fokus utama pembangunan negeri iaitu pertanian, perindustrian dan pelancongan.

Pada 2022, sebanyak RM919.18 juta akan diperuntukkan bagi pembangunan ketiga-tiga sektor berkenaan.

Jumlah ini menunjukkan peningkatan sebanyak RM8.48 juta atau bersamaan 0.92 peratus berbanding peruntukan tahun 2021 iaitu sebanyak RM 910.7 juta.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya