fbpx

Pengguna sistem Smartlesen meningkat, MBPJ giat laksana kempen baharui lesen

Mohamad Azhan Md. Amir menyaksikan aktiviti operasi kaunter bergerak pembaharuan lesen Majlis Bandaraya Petaling Jaya di Starling Mall.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sempena kempen Baharui Lesen  Perniagaan 2022, Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) telah mengadakan kerjasama hibrid bersama lapan buah pusat beli-belah di sekitar Petaling Jaya bagi mengadakan inisiatif kaunter bergerak pembaharuan lesen tred perniagaan.

Usahasama yang dilakukan ini telahpun terjalin sejak tahun 2010 di mana pusat beli-belah terlibat membantu menyediakan kelengkapan logistik serta bantuan hebahan kehadiran kaunter baharui lesen MBPJ kepada peniaga.

Selain daripada pusat beli belah, kaunter bergerak MBPJ juga turut di buka di pasar malam dan pasar pagi terpilih. Terdapat 28 lokasi pasar malam yang melibatkan 3,290 pemegang lesen dan tujuh lokasi pasar pagi  melibatkan 650 pemegang lesen.

Inisiatif ini merupakan usaha dan langkah bijak Majlis untuk mengurangkan kesesakan di kaunter lobi Menara MBPJ di samping untuk menggalakkan serta memberi kemudahan kepada orang awam hadir ke lokasi pilihan yang berhampiran dengan premis perniagaan mereka.

Berikut adalah lokasi kaunter bergerak pembaharuan lesen tred perniagaan dan usahawan mikro di sekitar Petaling Jaya:
a) Lesen tred perniagaan (Lokasi tarikh kaunter)

  • Ikano Power Centre 11 & 12 November 2021
  • Paradigm Mall 17 & 18 November 2021
  • 1 Utama Shopping Centre 24 & 25 November 2021
  • The Curve 1 & 2 Disember 2021
  • tarling Mall 7 & 8 Disember 2021
  • Damansara 15 & 16 Disember 2021
  • Jaya Shopping Centre 22 & 23 Disember 2021
  • Amcorp Mall 30 & 31 Disember 2021

b) Usahawan mikro (penjaja) (Lokasi & tarikh kaunter)

  • Pasar Malam Seksyen 17/1A 9 November 2021
  • Pasar Malam SS 8,Sg Way 15 November 2021\
  • Pasar Malam Taman Medan PJS 2D 16 November 2021
  • Pasar Malam Medan 9 24 November 2021
  • Pasar Malam SS 2/60,SS 2/61 29 November 2021
  • Lorong Masjid 1 Kayu Ara 2 Disember 2021
  • Jalan TSB 9 7 Disember 2021
  • Pasar Pagi SS 2/62 15 Disember 2021
  • Pasar Jalan Othman 21 Disember 2021
  • Pasar Seri Setia 29 Disember 2021

Selaras dengan Kempen Baharui Lesen Perniagaan 2022 ini, Majlis telah mengeluarkan notis pembaharuan lesen tred perniagaan sebanyak 27,025 dan 4,287 usahawan mikro pada bulan September 2021.

Pada 5 Oktober 2020 lalu, MBPJ telah melancarkan aplikasi smart lesen di mana segala permohonan, pembaharuan, semakan, notifikasi sms/emel, semakan bersepadu, auto billing, bayaran, cetakan lesen, pemantauan dan penguatkuasaan dan dashboard i-lesen boleh dibuat secara dalam talian di laman elesen.mbpj.gov.my. \

Pada tahun 2020, sebanyak 29.6 % (peratus) iaitu 7,882 daripada 26,620 pemegang lesen membayar dan mencetak lesen secara dalam talian. Sehingga November 2021, sebanyak 12,380 transaksi atau 45.8 % peratus daripada jumlah pemegang lesen dijalankan secara dalam talian.

Peningkatan transaksi penggunaan secara dalam talian sebanyak 57.1 % (peratus) ini sekali gus menunjukkan tahap kecekapan penyampaian perkhidmatan secara dalam talian bagi memenuhi keperluan pelanggan melalui peratusan transaksi tanpa tunai terhadap inisiatif smartlesen yang diperkenalkan oleh Majlis.

Walaupun peratusan penggunaan transaksi dalam talian amat memberangsangkan, Majlis tetap membuka kaunter bergerak bagi memberi kemudahan kepada pemegang lesen atau pelanggan yang tidak mempunyai  kemudahan internet untuk melakukan transaksi secara dalam talian.

Bagi aktiviti lesen usahawan mikro (Penjaja), pemegang lesen masih perlu hadir ke kaunter MBPJ bagi tujuan imbasan cap jari (thumbprint) bagi memastikan pemegang lesen hadir dan mengambil lesen sendiri.

Majlis ingin mengingatkan kepada semua pemegang lesen agar memperbaharui lesen perniagaan sebelum atau pada 31 Disember 2021 bagi mengelakkan denda lewat mengikut syarat yang telah ditetapkan oleh Majlis.

Datuk Bandar Petaling Jaya, Mohamad Azhan Bin Md. Amir pada hari ini meluangkan masa hadir melawat kaunter bergerak Majlis di Starling Mall, disamping beramah mesra bersama pelanggan yang hadir. Pusat beli-belah Starling Mall merupakan lokasi kelima kaunter bergerak bagi aktiviti pelesenan tred perniagaan selepas The Curve, 1 Utama Shopping Centre, Paradigm Mall dan Ikano Power Centre.

Kaunter bergerak ini diadakan selama dua hari bermula 7 November 2021 hingga 8 November 2021. Berdasarkan rekod, Starling Mall mempunyai 125 premis perniagaan.

POPULAR

KOSMO! TERKINI