Pemilik perniagaan LPG nafi pindah LPG secara haram

Pemilik perniagaan LPG nafi pindah LPG secara haram

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Seorang pemilik perniagaan Gas Petroleum Cecair (LPG) mengaku tidak bersalah atas tuduhan menjalankan pemindahan haram (decanting) Gas LPG bersubsidi di sebuah premis di Kampung Baru Cheras, Kuala Lumpur pada 27 Ogos lalu.

Tertuduh, Tai Kek Sin, 48, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Kamarudin Kamsun di Mahkamah Sesyen, Kuala Lumpur pada 25 November lalu.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didapati menerima hasil haram daripada aktiviti pemindahan haram dan penjualan LPG subsidi tanpa lesen sah dengan nilai keseluruhan urusniaga berjumlah RM513,344.50 bagi tempoh 2018 hingga 2020.

Tertuduh didakwa di bawah kesalahan Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 [Akta 613] iaitu melibatkan diri, secara langsung atau tidak langsung, dalam transaksi yang melibatkan hasil daripada aktiviti haram atau peralatan kesalahan.

Jika disabitkan dengan kesalahan, tertuduh boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 15 tahun dan juga boleh didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai hasil daripada aktiviti haram atau RM5 juta, yang mana yang lebih tinggi.

Kamarudin turut membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM20,000 manakala, passport antarabangsa diserah kepada mahkamah. Mahkamah telah menetapkan tarikh pada 20 Januari 2022 untuk perbicaraan seterusnya.

Sementara itu, Pengarah Penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Azman Adam berkata, pihaknya akan mengambil tindakan tegas terhadap syarikat yang menjalankan perniagaan barangan kawalan tanpa lesen yang sah dan pemindahan haram.

“Aktiviti pemindahan haram yang boleh mengganggu kestabilan barang kawalan tersebut di pasaran serta mengakibatkan kehilangan hasil kerajaan yang besar terus berleluasa. Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kegiatan penjualan barangan kawalan yang meragukan ini boleh mengemukakan aduan kepada pihak KPDNHEP.

“Aduan boleh dibuat menerusi Whatsapp 019-279 4317, Portal e-aduan KPDNHEP, Pusat Panggilan 1-800-886-800, e-mel [email protected] dan Pusat Arahan Penguatkuasaan (ECC) 03-8882 6088/6245,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya