Pembangkang tidak sokong pindaan Akta 342 - Utusan Malaysia

Pembangkang tidak sokong pindaan Akta 342

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pakatan Harapan (PH) memutuskan untuk tidak menyokong Rang Undang-Undang Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pindaan) 2021 dalam bentuk yang dibentang.

Pengerusinya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ini berikutan selepas RUU itu diperincikan secara keseluruhan, mendengar pandangan ahli-ahli Parlimen dan respon rakyat. 

“Ini kerana jumlah denda dan kompaun yang keterlaluan itu mungkin membuka ruang berlakunya salah guna kuasa, rasuah, serta amalan antara dua darjat. 

“Saya dan saf Pembangkang tidak boleh menyokong RUU ini dalam bentuk yang telah dibentang. Saya telah menyatakan pendirian ini kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob),” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Terdahulu, media melaporkan, pindaan terhadap Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) itu antaranya bagi menaikkan kadar maksimum kompaun terhadap individu yang melakukan kesalahan di bawah rang undang-undang itu dibentang bagi bacaan kali pertama di Dewan Rakyat hari ini. 

Mengikut rang undang-undang itu, individu yang melakukan kesalahan boleh dikompaun sehingga RM10,000 berbanding RM1,000 ketika ini. 

Pindaan itu juga mencadangkan pertubuhan perbadanan yang melakukan kesalahan di bawah peraturan ditetapkan boleh dikompaun sehingga maksimum RM1 juta.

Rang undang-undang tersebut turut memasukkan seksyen baharu mengikut Seksyen 15A iaitu pemberian kuasa kepada pegawai mengeluarkan perintah kepada mana-mana individu yang dijangkiti penyakit atau percaya dijangkiti atau mana-mana kontak rapat untuk memakai atau menggunakan peranti pengesanan.

RUU itu difahamkan bakal dibahas pada Khamis ini yang juga hari terakhir sidang Parlimen bagi tahun ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya