Pejabat Tanah dan Daerah Setiu arah kawasan penemuan emas ditutup - Utusan Malaysia

Pejabat Tanah dan Daerah Setiu arah kawasan penemuan emas ditutup

ORANG ramai tidak dibenarkan memasuki kawasan penemuan emas di Kampung Air Sejuk di Setiu susulan kejadian tanah runtuh.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SETIU: Kawasan penemuan emas di Kampung Air Sejuk di sini ditutup serta-merta susulan kejadian tanah runtuh yang menyebabkan kematian Mohd. Johari Mohd. Asri, 34, semalam. 

Setiausaha Jawatankuasa Pembangunan dan Kemajuan Kampung Air Sejuk, Kamarudin Mad Nor berkata, arahan penutupan itu dibuat oleh Pejabat Tanah dan Daerah Setiu. 

Sehubungan itu, katanya, orang ramai dilarang memasuki kawasan berkenan sepanjang tempoh penutupan tersebut. 

“Mereka yang menceroboh masuk ke kawasan pinggit kebun getah boleh dikenakan kompaun sehingga RM500,000 atau penjara lima tahun, jika sabit kesalahan,” katanya ketika ditemui hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang itu, Mohd. Johari yang merupakan penternak lembu dikatakan mencari emas di kawasan berkenaan bersama bapanya sebelum tertimbus dalam kejadian tanah runtuh. 

Kamarudin berkata, kawasan penemuan emas itu dipercayai baru diterokai mangsa dan keluarganya sejak beberapa hari lalu.

Katanya, kalangan penduduk kampung sememangnya melakukan aktiviti mendulang emas di sekitar tanah persendirian di kawasan itu sejak enam tahun lalu. 

“Bagaimanapun, kuantiti emas di sini tidak  banyak dan kebanyakannya dalam bentuk debu sahaja, jadi tidak berbaloi untuk masyarakat bertarung nyawa melakukan kerja itu,” katanya. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN