KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda Pas, mempersoalkan mengapa UMNO sanggup menjadi sebahagian daripada kerajaan Tan Sri Muhyiddin Yassin dahulu jika benar-benar menolak Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu). Ahmad Fadhli Shaari berkata, jika ‘luka’ Pakatan Harapan (PH) yang menyebabkan UMNO tidak boleh menerima parti itu, maka kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang turut ditunjangi UMNO tidak seharusnya wujud. “Jika ditinjau dari sudut kronologi, UMNO dan Pas kedua-duanya telah bersepakat untuk menjemput Bersatu ke…










