Parti liar: 28 pengunjung positif dadah - Utusan Malaysia

Parti liar: 28 pengunjung positif dadah

MAZLAN LAZIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seramai 28 individu daripada 303 pengunjung parti liar di sebuah kelab persendirian di Bukit Kiar,a dekat sini, kelmarin didapati positif dadah. 

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, pihaknya telah menjalankan saringan ujian air kencing terhadap kira-kira 131 pengunjung. 

“Kita mendapati seramai 28 orang positif methamphetamin dan ampthetamine. Mereka terdiri daripada 24 warga asing dan empat warga tempatan. 

“Pasukan pematuhan terus melakukan rondaan dan pemantauan. Seperti di Kuala Lumpur kita mempunyai 68 pasukan,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini hari ini. 

Dalam pada itu, menurut Mazlan, pihaknya memandang serius terhadap penganjuran parti liar yang didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 4. 

“Kita mendapati mereka kini telah beralih ke kelab persendirian untuk berhibur.

“Jadi saya telah memberi arahan kepada setiap ketua polis negeri untuk mempertingkat operasi untuk membanteras penganjuran parti liar,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya