Parti Bangsa Malaysia dilancar, tetapi belum ada Presiden - Utusan Malaysia

Parti Bangsa Malaysia dilancar, tetapi belum ada Presiden

NOR Hizwan Ahmad (kanan) mengangkat Jalur Gemilang sebagai simbolik pelepasan misi bantuan mangsa banjir PBM di Hotel Wyndham Acmar, Bukti Raja di Klang, Selangor hari ini. - UTUSAN ABDUL RAZAK IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Parti Bangsa Malaysia (PBM) masih berteka-teki mengenai individu yang akan menerajui parti itu sebagai Presiden.

Bagaimanapun, Pengerusi Penggerak Komuniti Negara (PKN), Nor Hizwan Ahmad tidak menafikan wujud nama-nama besar disebut-sebut oleh kepimpinan parti bakal menjadi Presiden, namun enggan mendedahkannya.

“Dalam konvensyen pagi tadi yang dihadiri Timbalan Presiden PBM, Larry Sng, saya difahamkan, kemungkinan PBM diarah Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk membuat Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) baharu atas beberapa perkara teknikal.

“Dalam masa sama, pimpinan parti sedang mempertimbangkan beberapa nama untuk dicadangkan sebagai Presiden parti. Saya terkejut kerana sebagai parti baharu nama yang disebut-sebut adalah nama-nama besar,” katanya dalam sidang akhbar pelancaran PBM di sini hari ini.

Dalam majlis pelancaran itu, beliau turut melepaskan bendera Jalur Gemilang sebagai simbolik membantu mangsa banjir terutama di Selangor yang terjejas teruk akibat hujan lebat luar biasa pada Jumaat dan Sabtu lalu.

Nor Hizwan yang melepaskan keahlian dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sebelum ini berkata, sebagai ahli biasa PBM beliau menyerahkan kepada pihak pimpinan parti untuk memutuskan siapa layak menjadi Presiden PBM.

Jelasnya, tujuan utama beliau mengadakan sidang akhbar tersebut adalah untuk mengumumkan kemasukan 50,000 dari 300,000 ahli PKN ke dalam PBM dan melancarkan agenda utama mereka yang digelar ‘The Great Reset 2030’.

“Agenda Great Reset 2030 adalah untuk membetulkan apa yang dianggap sebagai kerencatan dan ketidakmatangan politik Malaysia selama 30 tahun dari kedua-dua belah pihak kerajaan dan pembangkang.

“Ahli PKN yang berbilang kaum akan menggunakan PBM sebagai platform politik mereka dan mahu agenda utama mereka, The Great Reset 2030, didengar dan diterima oleh seluruh rakyat  Malaysia,” jelasnya.

Katanya, PBM enggan menjadi parti politik kelas kedua, sebaliknya bersedia untuk menggegarkan dunia politik negara dan membuat kejutan selepas percaya mempunyai kekuatan akar umbi.

Nor Hizwan menambah, pihaknya akan terus memperkasakan kekuatan ahli tersebut dan berusaha untuk menjadi lebih besar dari semasa ke semasa apabila lebih ramai wanita, generasi milenial menyertai parti itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya